Thursday 14 July 2011

CAR WASH Services [Masa : 8.00 a.m. - 5.30 p.m.]



TEMPAT: Bersebelahan Kafe Eksekutif, berdekatan Astaka

Masa : 8.00 a.m. - 5.30 p.m.



Harga : Rm7 (Kereta) *luar & dalam* Rm3 (Motosikal)

*Bas juga boleh dicuci jika ada permintaan.









Wednesday 6 July 2011

MC & DJ Audition For Expoconvo 2011


 Untuk keterangan lanjut Hubungi : yogesvaran. 016-9532560 
         rabiatul.013 9769798

Saturday 2 July 2011

LAPORAN BENGKEL PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL 2011

Pada 1 dan 2 Julai 2011, eksekutif unit protokol Expoconvo 2011 telah menganjurkan Bengkel Protokol Dan Etiket Sosial di Dewan Banquet, UMP Gambang dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (JHEPA), Universiti Malaysia Pahang dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas kepada eksekutif expoconvo 2011 tentang protokol pengurusan majlis formal. Dalam program ini, eksekutif-eksekutif diberi pendedahkan mengenai peranan seorang pegawai protokol, penjelasan tentang susunan keutamaan dan juga kemahiran untuk mengacarakan suatu majlis formal. Pendekatan ini diambil bertujuan untuk memberi pendedahan kepada eksekutif Expoconvo yang bakal menjayakan Expoconvo 2011 kelak.
Penceramah Jemputan, Encik. Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain

Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada bahagian majlis tertinggi Expoconvo, eksekutif-eksekutif Unit Protokol dan Sambutan, ketua eksekutif dan timbalan ketua eksekutif setiap unit yang terlibat dalam expoconvo telah menyertai bengkel ini. Penceramah jemputan bagi Bengkel Protokol Dan Etiket Sosial ini ialah Encik. Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain, pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi, Universiti Malaysia Pahang.  

Pada 1 Julai 2011, tepat jam 8.05 pagi Bengkel Protokol Dan Etiket Sosial, telah dimulakan dengan slot pertama iaitu Etiket Sosial Dan Pembentukan Peribadi. Dalam slot ini, peserta telah diberi bimbingan tentang cara pelaksanaan tugas bagi pegawai protokol, pegawai pengiring dan penyambut tetamu. Dalam slot ini, penceramah juga telah menitikberatkan elemen-elemen penting dalam pengacaraan seperti gelaran anugerah, bahasa hormat, dan bahasa diraja. Tertib ketibaan dan kepulangan para jemputan. Tambahan pula, peserta turut diberi penerangan tentang penampilan dan cara berpakaian yang sesuai.
khusuknya

Seterusnya, slot kedua iaitu Susunan Keutamaan telah bermula pada pukul 10.30 pagi. Dalam slot ini, para peserta telah diberi penerangan tentang susunan keutamaan negeri pahang dan persekutuan. Dengan ini, eksekutif Expoconvo dapat menyusun tetamu kehormatan mengikut susunan keutamaan mereka dan hal ini seterusnya membantu melancarkan kelangsungan majlis.
Slot ketiga pula bermula pada pukul 2.30 petang. Slot ketiga ini adalah mengenai Penyediaan Senarai Jemputan Dan Susunan Tempat. Slot ini telah memberi penerangan yang jelas tentang asas perhubungan susunan keutamaan di meja makan dan pentas utama kepada semua eksekutif. Slot ini juga merupakan slot terakhir bagi hari pertama bengkel.

Slot keempat iaitu Penyediaan Aturcara Pentadbiran telah bermula pada hari kedua bengkel iaitu pada 2 Julai 2011 ( Sabtu), tepat jam 9.05 pagi. Dalam slot ini, penceramah telah memberi pendedahan tentang cara penyediaan skrip dan cara penyediaan senarai jemputan bagi majlis Expoconvo yang akan berlangsung nanti.
Slot Simulasi Bersama Peserta Bengkel

Seterusnya, slot kelima yang bertajuk Simulasi Berkumpulan telah bermula pada pukul 11.00 pagi. Slot ini merupakan slot terakhir bagi Bengkal Protokol Dan Etiket Sosial. Melalui slot ini, para peserta telah telah diajar tentang cara penyediaan kad jemputan, aturcara majlis dan susunan tempat duduk. Pengenalan dan latihan simulasi juga telah diberikan kepada semua peserta.

Sebahagian daripada peserta yang telah menyertai Bengkel Protokol Dan Etiket Sosial.

Akhirnya, Bengkel Protokol Dan Etiket Sosial yang telah berlangsung selama dua hari telah tamat pada pukul 5.00 petang. Sebelum para peserta bersurai, sesi fotografi telah diadakan. Walaupun bengkel ini hanya berlangsung selama dua hari, namun bengkel ini telah memberikan banyak manfaat kepada semua peserta. Segala input yang telah diberikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik. Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain, telah berjaya memberi tunjuk ajar kepada semua eksekutif Expoconvo 2011.

Kenangan manis bersama penceramah jemputan Encik. Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More